Ahad, 31 Julai 2011

SUKU KAUM LANOH,,,,,,,

MASYARAKAT ASLI SUKU KAUM LANOH........


PENGENALAN

1. PENGENALAN

Lanoh, suku kaum orang Asli daripada rumpun bangsa Semang-Negrito. Masyarakat ini turut dikenali sebagai Lano dan Sabubn tetapi nama Sabubn sudah tidak digunakan.Petempatan mereka bertaburan di utara negeri Perak khususnya di Daerah Lenggong. Amalan berpindah randah kadangkala membawa memasuki wilayah suku kaum lain. Wilayah Lanoh dikelilingi wilayah Kintak di utara, wilayah Jahai di Timur dan wilayah Temiar di Tenggara.

Dari sudut lingustik dan budaya, orang Lanoh paling hamper kepada suku kaum Kensiu dan Kintak. Malah ada pengkaji yang menganggap ketiga-tiga masyarakat ini sebagai sebuah masyarakat yang sama. Ditinjau secara khusus, masyarakat Lanoh dari segi ras (bangsa) dan budaya merupakan Negrito tetapi dari segi bahasa mereka hanya menggunakan bahasa Temiar.

Sistem social keluarga asas merupakan unit yang memastikan kesinambungan dari segi kewujudan dan kelangsungan hidup masyarakat ini. Keluarga asas bertanggungjawab memasyarakatkan anak sebagai ‘ahli masyarakat yang baru’ dengan nilai dan budaya Lanoh. Ahli baru ini diajar dan diterapkan dengan nilai-nilai menghormati orang tua, tidak melakukan perkara yang dilarang, menerima tanggungjawab perkongsian dalam kegiatan harian kelompok, menghormati pantang larang dan berpegang teguh pada kepercayaan Lanoh.


2. PERKAHWINAN

Perkahwinan kebiasaannya berdasarkan suka sama suka antara pasangan. Mereka memilih pasangan sendiri tanpa melibatkan ibu bapa ataupun keluarga terdekat dengan membina tempat tinggal bersama, pasangan sudah memadai digelar suami isteri. Tiada kenduri-kendara dilangsungkan, hanya si suami memberi sedikit hadiah kepada si isteri dan mertua. Bagi si isteri pula membalas pemberian hanya kepada si suami. Kebiasaannya perceraian akan berlaku di awal perkahwinan dan pasangan remaja akan cuba mencari sehingga mendapat pasangan sejati. Jarang pula berlaku perceraian apabila pasangan mendapat anak.

Keluarga asas penting sebagai sebuah unit ekonomi. Keluarga asas pula merupakan sebuah kumpulan kerja dan menampakkan sedikit pembahagian tugas antara lelaki dan wanita. Bapa akan dibantu oleh anak lelakinya yang dewasa untuk memastikan keluarga asas mereka sentiasa mempunyai bekalan daging dan makanan yang mencukupi. Manakala ibu dibantu oleh anak perempuannya memungut buah-buahan hutan dan sayur-sayuran. Hasil yang diperolehi daripada kegiatan memburu dan memungut hasil hutan ini biasanya tidak dikongsi dengan ahli keluarga (puak) lain. Hasil tersebut menjadi hak keluarga asas kecuali ada lebihan, barulah diagih-agihkan.

Suami dalam apa jua atau ruang tetap menjadi ketua keluarga asas. Isteri akan mengganti tampuk sebagai ketua sekiranyan suami meninggal dunia. Memandangkan dalam sesetengah hal, keluarga asas turut merupakan unit keagamaan, maka suami berperanan besar memastikan pantang larang tidak dilanggar.






3. IBU MENGANDUNG/KELAHIRAN BAYI


Ibu yang sudah harus berpantang dengan tidak boleh turun memijak tanah selama dua minggu. Selama dua ke tiga bulan makanan untuk ibu tidak boleh ditambah garam. Makanan yang menggunakan minyak juga pantang dimakan.


4. KEMATIAN

Apabila berlaku kematian, berita tersebut akan disebarkan kepada penghulu dan kaum keluarga terdekat. Mayat akan dimandikan dan dibersihkan. Mayat wanita akan dihiaskan dengan barang kemas seperti cincin, gelang dan rantai. Kemudian dibalut dengan kain batik yang baru dan seterusnya digulung dengan tikar dan diikat dengan kuat. Mayat lelaki pula dibalut dengan kain pelikat sebelum digulung dengan tikar. Di tanah perkuburan, liang digali lebih kurang sedalam 2 meter. Semua harta kepunyaan simati akan ditanam bersama-sama mayat. Setelah dikambus, 2 batang kayu sebagai tanda dipacakkan sebagai tanda kepala dan kaki simati. Di bahagian kepala kubur dinyalakan api supaya dapat menghalang binatang buas seperti harimau dan babi merosakkan kubur. Jika suami meninggal dunia, si isteri tidak boleh bersolek selama 7 hari. Pada hari pertama diadakan kenduri untuk menjamu roh. Kenduri juga diadakan pada hari ketujuh untuk roh simati pulang terus ke alam ghaib.


4. KEPERCAYAAN

Orang Lanoh berpegang pada sistem kepercayaan animisme. Perasaan takut kepada hantu umpamanya merupakan satu cirri dalam kepercayaan animisme. Namun masyarakat ini turut mempercayai tuhan sebagai lambang kuasa yang unggul. Sistem kepercayaan dikawal dan dipelihara oleh autoriti yang bergelar Halak. Di samping menagani hal ehwal ‘keagamaan’, ‘Halak’ turut berperanan sebagai pengamal perubatan tradisional Lanoh.


5. STATUS EKONOMI

Gabungan beberapa keluarga asas (biasanya tidak melebihi 10 keluarga asas) yang mempunyai pertalian darah atau bersaudara membentuk sebuah puak. Puak diketuai oleh seorang ketua tetapi tidak mempunyai sebarang gelaran. Ketua puak biasanya terdiri daripada anggota puak tertua, berpengalaman luas dan memiliki pengetahuan mendalam tentang ilmu kebatinan dan perubatan tradisional Lanoh.

Tanggungjawab utama seseorang ketua tidak hanya terbatas sebagai pembuat keputusan dalam hal-hal yang berkaitan dengan ekonomi seperti jenis kegiatan ekonomi yang harus dijalankan dalam sesuatu masa atau musim, menetapkan masa untuk membuat rumah dan berpindah dan seumpamanya, tetapi juga untuk memelihara peraturan sosial seperti usaha menjatuhkan hukuman atas kesalahan yang bersifat jenayah.

Orang Lanoh hari ini telah menerima perubahan yang dianjurkan oleh kerajaan dengan baik. Pada masa ini kerajaan mewajibkan masyarakat ini tinggal secara kekal di perkampungan dan dalam Rancangan Penempatan Semula yang dibangunkan oleh kerajaan. Di kawasan penempatan baru ini, ketua orang Lanoh bergelar Penghulu, satu sistem yang dianjurkan oleh kerajaan. Penghulu dilantik di kalangan anggota yang ‘berpendidikan dan berpengalaman dalam pengaulan luar’. Dia berperanan sebagai orang perantaraan di antara penduduk kampung dengan orang luar, terutamananya kerajaan. Orang Lanoh telah menerima baik system pertanian kekal yang dianjurkan oleh kerajaan. Terdapat juga pertanian kekal ini secara persendirian. Selain itu, mereka terlibat dalam kegiatan ekonomi moden, khususnya dalam sektor makan gaji.

Namun dalam satu perkembangan lain, semakin ramai orang Lanoh diasimilasikan ke dalam suku kaum Orang Asli yang lain seperti Temiar. Fenomena ini berpunca daripada perkahwinan campur dan kedua, akibat sistem petempatan kekal. Dalam satu rancangan kekal umpamanya di Kampung Grik, beberapa keluarga Lanoh telah ditempatkan bersama-sama majoriti orang Temiar. Dalam jangka panjang, masyarakat ini akan terserap dalam masyarakat Temiar. Mereka menggunakan bahasa Temiar walaupun bercakap sesame orang Lanoh sendiri. Fenomena ini secara tidak langsung sebenarnya menunjukkan sifat positif dan kepekaan masyarakat terhadap pembangunan dan perkembangan alam sekeliling mereka.






ORANG ASLI DI MALAYSIA

Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Terdapat tiga kumpulan utama; iaitu Negrito, Senoi dan Proto-Melayu

Pecahan utama


Orang Asli (di Cameron highland) bermain seruling hidung..

NEGRITO

  • Kensiu
  • Kintak
  • Lanoh
  • Jahai
  • Mendriq
  • Bateq

SENOI

  • Temiar
  • Semai
  • Semoq beri
  • Jah hut
  • Mahmeri
  • Che wong

MELAYU PROTO

  • Orang Kuala
  • Orang kanaq
  • Orang seletar
  • Jakun
  • Semelai
  • Temuan

Orang Asli mengikut negeri

  1. Orang Asli di Terengganu
  2. Orang Asli di Selangor
  3. Oang Asli di Perak
  4. Orang Asli di Perlis
  5. Orang Asli di Pahang
  6. Orang Asli di Pulau Pinang
  7. Orang Asli di Melaka
  8. Orang Asli di Kelantan
  9. Orang Asli di Kedah
  10. Orang Asli di Johor
  11. Orang Asli di Negeri Sembilan

Kajian tentang Orang Asli di Malaysia

  • Chua, Kim Wah Michael (1991), The Orang Asli Problem: A Comparative Analysis of Aboriginal Land Rights in Malaysia, Australia and New Zealand. LLB Hons. Project Paper. Faculty of Law, UM, Kuala Lumpur.
  • Foo Eng Lee (1972), The Ethnobotany of the Orang Asli, Malaysia, with special reference to their foodcrops. (Edited by Tan Koonlin.) Botany Unit, School of Biological Sciences, UM, Kuala Lumpur.
  • Fung Jee Vui (1995), Ethnic Assertion of 'Original People': Comparative Ethnographies of Indigenous Peoples Movements in Southeast Asia. M.A. Social Anthropology. School of Oriental and African Studies, London University.
  • Fung Jee Vui, Jojo (1994), An Indigenous-Serving Missiology - Models, Methods, Mission Strategies: Orang Asli Mission in the International Decade of Indigenous Peoples. Licentiate thesis in Sacred Theology, Faculty of the Jesuit School of Theology, Berkeley, California.
  • Lim Hwei Mian (1997), Nutritional Status and Reproductive Health of Orang Asli Women. B. Sci. (Human Development) Project, Faculty of Human Ecology, Universiti Putra Malaysia, Serdang.
  • Liow Sook Ching (1980), The Constitutional And Legal Position of the Orang Asli of Peninsular Malaysia. LLB Hons. Project Paper. UM, Kuala Lumpur.
  • Mohd Tap bin Salleh (1977), An Integrated Development Planning for the Development of Orang Asli in West Malaysia. M.Sc. Thesis. University of Wales at Swansea.
  • Mohd Tap bin Salleh (1990), An Examination of Development Planning among the Rural Orang Asli of West Malaysia. Ph.D. Thesis, University of Bath.
  • Veeman, Viji (1987), The Delivery of Primary Health Care: A Case Study of the Aborigines of Peninsular Malaysia. Project Paper, Diploma in Advanced Nursing Administration/Health Service Management, Royal College of Nursing, London.
  • Abdul Halim bin Haji Jawi (1981), Pentadbiran Rakyat Minoriti Dan Masalah-masalah: Satu Kajian Terhadap Masyarakat Orang Asli  Di semenanjung Malaysia. Project Paper, Diploma in Public Administration. Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, UM, Kuala Lumpur.
  • Cheu Lai Kuan and Wong Lily (1993), Polisi pentadbiran dan pembangunan Orang Asli - pembangunan ekonomi. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Chong Sheat Seang (1997), Peranan Center for Orang Asli Concerns Dalam Meningkatkan Kehidupan masyarakat Orang Asli Di Semenanjung Malaysia. Laporan PraktikUM, Ijazah Sarjanamuda Sastera, Rancangan Pentadbiran Sosial, UM, Kuala Lumpur.
  • Hasan Mat Nor (1997), Kajian Keciciran Kalangan Pelajar Orang Asli Peringkat Sekolah Rendah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UKM, Bangi.
  • Mustafa bin Bahari (1993), Orang Asli dalam sistem perundangan Malaysia: Sudah jatuh ditimpa tangga. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Osman bin Bongsu (1994), Hubungan Cara Gaya Asuhan Ibu Bapa Terhadap Pencapaian Akademik Pelajar Orang Asli. Projek Ijazah Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunselling), Jabatan Pendidikan, Fakulti Pengajian Pendidikan, UPM, Serdang.
  • Tek Siew Eng (1994), Polisi, Undang-undang dan Pembangunan di Kalangan Komuniti Orang Asli. Latihan Ilmiah, Ijazah Sarjanamuda Sastera, Jabatan Anthropologi dan Sosiologi, UKM, Bangi.
  • Zamani Ismail dan Abdullah Hassan (1987), Lapuran Etnografi Malaysia I: Jah Hut. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, B.A., Fakulti Sains Kemasyaratan dan Kemanusiaan,UKM, Bangi.
  • Van der Sluys, Corry (1992), The worldview of the Jahai; hunter-gatherers, traders cum small-scale swidden cultivators in the tropical rainforest of Northern Perak, Malaysia. Preliminary research report.
  • Salmah binti Hussin (1993), Budaya dan corak hidup masyarakat Mahmeri kesan dari pembangunan moden. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Ave, Wanda (1985), Small-Scale Utilization of Rotan by the Semai in West Malaysia. Drs. Thesis. University of Leiden, Leiden.
  • Gomes, Albert Gerard (1979), Ecological Adaptation and Population Change: A Comparative Study of Semang Foragers and Temuan Horticulturists. M.A. Thesis. Department of Anthropology and Sociology, UM, .
  • Khor Geok Lin (1985), A Study of the Nutritional Status of the Semai. Ph.D. Thesis. UM, Kuala Lumpur.
  • Loh Kee Wey, Henry (1993), Evolving Semai Identities: Religious Conversion and Social Relations in a Semai Community. M.A. Thesis. Department of Anthropology, Monash University, Melbourne.
  • Morris, Kimball John (1985), Socio-Economic Impact of Merchant Capital on the Mode of Production of the Semaq Beri in Peninsular Malaysia. M.A. Thesis. University of Alberta, Edmonton, Alberta.
  • Nicholas, Colin G. (1985), From Subsistence to Simple Commodity Production: Economic Relations in Two Semai Settlements. M.S. Thesis. Faculty of Resource Economics and Agribusiness, UPM, Serdang.
  • Shastri, Hermen P. (1989), Christ in Tribal Culture: A Study of the Interaction between Christianity and Semai Society of Peninsular Malaysia in the Context of the History of the Methodist Mission (1930-1983). Ph.D Thesis. Faculty of Theology, Ruprecht-Karis-Universitat, Heidelberg.
  • Tajuddin, M.J. (1966), The Semai aborigines of Chenderiang: A study in technological and structural changes. B.A. Graduation Exercise. University of Western Australia, Australia.
  • Ahmad Nasir b. Abd. Rahman (1988), Satu Kajian Etnografi: Agama dan Ekonomi Orang Semai - Pembangunan Ekonomi. B.A. Graduation Exercise. UM, Kuala Lumpur.
  • Juli Edo (1988), Agama dan Perubatan Masyarakat Semai. M.Phil. Faculty of Social Science and HUMANITIES, UKM, Bangi.
  • Ramle bin Abdullah (1988), Komuniti Orang Asli SemoqBeri dan Kemasukan Islam. M. Phil. Thesis, UKM, Bangi.
  • Ali M.A. Rachman (1980), Energy Utilization and Social Structure: An Analysis of the Temuan Orang Asli of Peninsular Malaysia. M.A. Thesis. Department of Anthropology and Sociology, UM, Kuala Lumpur.
  • Benjamin, Geoffrey (1967), Temiar Religion. Ph.D Thesis. King's College, Cambridge.
  • Zainuddin A. Rahman (1977), The Temuan Ecosystem. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
  • Zaiton Surut (1996), Penilaian Taraf Pemakanan Kanak-Kanak Pra-Sekolah masyarakat orang asli (Suku kaum Temuan). Latihan Ilmiah, Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Serdang.

Orang Asli Jah Hut

  • Hong Ching Loong, Paul (1995), Rimba dan Manusia: Satu Kajian Terhadap masyarakat Jah Hut. Ijazah Sarjanamuda Sastera, Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sains Kemasyaratan dan Kemanusiaan, UKM, Bangi.

Orang Asli Temuan

  • Law Kok Hooi, Low Hock Chuan, Tan Wei Chin, Tee Siok Hoon and Tiew Hock Chuan (1993), Komuniti Temuan di kampung sungai mering Bangkong Cunom. B.A. Graduation Exercise. Jabatan Antropologi dan Sosiologi, UM, Kuala Lumpur.
ORANG ASLI
Orang asli atau penduduk peribumi tidak mempunyai takrifan yang sejagat, piawai atau tetap, tetapi biasanya merujuk kepada masyarakat peribumi asal yang terdapat dalam sesuatu negara, negeri, daerah ataupun tempat. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perumusan yang diterima luas yang mentakrifkan istilah "orang asli" dengan lebih ketat telah dikemukakan oleh beberapa pertubuhan yang dikenali di peringkat antarabangsa, antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Pertubuhan Buruh Antarabangsa dan Bank Dunia. Orang asli yang dimaksudkan dalam rencana ini mengikut takrifan tersebut.
Daripada sumber-sumber ini, takrifan kontemporari "orang asli" untuk sesuatu tujuan mempunyai kriteria yang cuba untuk memasukkan kumpulan budaya (dan keturunan mereka) yang mempunyai kesinambungan sejarah atau hubungan dengan kawasan tertentu, atau sebahagiannya, dan yang pernah atau sedang mendiami kawasan tersebut sama ada:
  • sebelum ia dijajah atau diilhak; atau
  • bersama-sama dengan kumpulan budaya lain semasa pembentukan negara bangsa; atau
  • sebahagian besarnya terasing dari pengaruh pemerintahan sebuah negara bangsa,
Dan juga mereka yang:
  • masih mengekalkan sebahagian ciri-ciri linguistik, budaya dan masyarakat yang berbeza, dan dengan itu kekal berbeza sedikit sebanyak daripada penduduk di sekitar dan budaya dominan negara tersebut.
Selain itu, satu lagi kriteria biasanya ditambah:
  • mereka yang mengaku sebagai peribumi dan diakui oleh orang lain sebagai peribumi.

    .

    Isnin, 18 Julai 2011

    kaum semelai

    Suku Semelai merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan,Pahang.
    Suku Selelai terbahagi kepada dua bahagian yang utama, iaitu:-
    • Semelai di kampung Sungai Sampo & kampung Sungai Lui, Jempol, Negeri Sembilan
    • Semelai di Pos Iskandar ,kampung Bukit Rok, Tasik Bera, Kampung Gemuruh & Bongkok ,Triang, Bera, Pahang

     Muzik kaum Semelai

    Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan perubatan.



    Semelai
    'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.

    Bahasa

    kaum asli semelai mempunyai bahasa yang unik yang diguna dalam perbualan seharian ataupun untuk berkomunikasi antara satu sama lain.
    Bahasa yang digunakan kaum semelai juga berlainan dengan bahasa yang digunakan oleh masyarakat asli dari kaum-kaum lain.Hal ini demikian kerana setiap lapan belas suku kaum orang asli mempunyai bahasa komunikasi yang berlainan.