Khamis, 15 September 2011

ORANG ASLI ART and FORM


ORANG ASLI : ART and FORM

MAH MERI AT CAREY ISLAND

Moyang Lanjut
The moyang lanjut legend tells the story of a happy couple catching crabs in the swamps of Carey Island . Unfortunely  , the husband drowned and his wife pined for him ,crying day and night at the site . Eventually  , she too died and became the spirit of Moyang Lanjut . Her hair grew and became rope that soaked and transported milk from the dry areas to feed her dead husband ‘s spirit in the swamps. The loving couple lived thus, going through the necessary stages of existence before they reached nirvana.

Moyang Belalang
The grasshopper is a good joker spirit that appears when a child is born . It make makes funny faced , sings and dance before the infant. It amuses and protect the child from harm and evil spirits . The grasshopper is well- loved ,and families pray for it presence in the home of newborn babies.

Tiger Spirit in Chains
The Mah Meri believe the sculpture of the Tiger Spirit in Chains represent the reincarnated spirit of the tiger. In the tales of the Mah Meri community , the tiger was captured in a steel – wire trap and killed . The spirit now returns to kill people who snare tigers with similar traps. Therefore Mah Meri villagers seek permission from this spirit before they set steel – wire traps in the forest.

Reference : ORANG ASLI AND THEIR WOOD ART BOOK by Datuk Antony Ratos

JAH HUT RELIGION

Shared Myths
Some of the spirit in the Jah Hut religion , such as the Hantu Mawas ( monkey spirit ) . Hantu Kubor ( spirit of the dead ) and Hujan Panas ( hot rain spirit ) are popularly believed to be evil among the rural population of the Southeast Asian region. This shared perspective reflects similarities between the Orang Asli religion and the Buddhist and Hindi faith of the neighbouring regions. For example , both the Orang Asli and the Southeast Asian Buddhist subscribe to the theory of the transmigration of the soul. However , unlike many Southeast Asian devotees , the Jah Hut and Mah Meri do not treat their creations religious idols. The Orang Asli celebrate their communion with nature and their animistic gods and demons in their everyday lives and in their mythical world.

 PICTURE......









Ahad, 4 September 2011

SUKU KAUM BATEQ

BATEQ :

Suku Bateq merupakan orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 orang. Mereka tinggal dalam hutan hujan tropika terutama di Taman Negara Malaysia.
Nama Bateq bermaksud orang Asli Melayu . Mereka dari kumpulan Austronesia yang naik bot ke dan dari pulau-pulau di Asia Tenggara. Orang Bateq mula didokumentasikan oleh penulis Rusia bernama Nicholai Miklukho-Maklai pada 1878 .
Bahasa yang digunakan ialah sub Mon-Khmer dari keluarga bahasa Austro-Asia. Alat yang mereka miliki ialah alat sumpitan dan sikat rambutan. Kini mereka turut memiliki radio, rokok dan telefon bimbit. Kerajaan Malaysia turut memberi rumah yang kukuh dan terancang, lengkap dengan air dan elektrik.
Suku Bateq ini hidup dalam kumpulan keluarga , dalam pondok atau khemah kecil. Bilangan keluarga sekitar 10 keluarga sahaja. Mereka percaya sebagai penjaga tanah dan bukan sebagai pemilik tanah. Mereka hidup pindah randah akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan.
Mereka tidak ada pemimpin yang sebenar-benar kerana biasanya orang dewasa dianggap sebagai ketua. Orang dewasa lebih diutamakan.

perkampungan suku kaum Bateq



PERKUBURAN SUKU KAUM BATEQ..............

Perkuburan suku bateq yang menduduki kawasan kuala tahan dan jerantut diselubungi unsur mistik dan sera berikutan dahan pokok besar menjadi taman khusus untuk si mati. Kaum bateq dipercayai menyemadikan si mati di atas pokok berikutan bimbang terlangkah atau terpijak kubur kerana perbuatan itu boleh menyebabkan nasib malang atau ditimpa penyakit sukar diubati.justeru itu,kaum bateq mendirikan para-para diatas dahan pokok sebagai perkuburan mayat.tetapi sebab utama ialah untuk mengelakkan bau busuk,mereka percaya cara itu membolehkan bau ayat tersebut terbang bebas ke udara dengan mudah. Anggota masyarakat suku bateq yang meninggal dunia akan di mandikan dan di bersihkan sebelum dipakaikan pakaian yang lengkap.kemudian,mayat dibungkus dengan kain batik lepas dan diikat kemas supaya senang diusung ke kawasan perkuburan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada buluh cincang. Lebih unik,kebanyakan perkuburan suku bateq terletak jauh dari kawasan penempatan bagi mengelakkan terkena sial mayat.jika tidak dilakukan,mereka percaya hantu simati akan mengikut mereka balik ke rumah,masyarakat bateq tidak memilih pokok khusus namun ia harus besar dan mempunyai dahan yang kuat untuk menampung para mayat.sekiranya tiada pokok besar ,tiga pokok kecil yang berdekatan akan diguna untuk membina para kayu berbentuk tiga segi,mayat akan diletakkan secara mengiring di atas para selepas tiga hari kematiannya,tubuhnya di alas kulit kayu bersama semua harta miliknya. Mayat tersebut disemadikan sedemikian kerana ibu bapa si mati menginginkan pengebumian dilakukan secara tradisi,cua sekarang mereka memilih untuk mengebumikan mayat sejauh yang mungkin dari kawasan kampung.





kaum bateq di Jerantut ,Pahang......

 

Meskipun negara telah mencapai kemerdekaan lebih setengah abad lalu, kehidupan Orang Asli suku Bateq Negrito di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini masih tidak banyak berubah dengan cara hidup mereka suatu ketika dahulu.
Bukan sahaja daripada paras rupa dan penampilan, malah amalan berpindah-randah atau nomad yang diwarisi sejak turun-temurun masih diamalkan sehingga kini.
Itulah realitinya kaum Bateq yang mendiami pedalaman hutan Hulu Tembeling yang masih terpinggir walaupun tempias pembangunan sudah menjalar ke kawasan berkenaan.
Keunikan kehidupan Orang Asli itu menjadikan mereka sebagai satu daripada tarikan utama pelancong yang datang ke Taman Negara.
Malah keunikan kehidupan mereka termasuk identiti kesenian kaum minoriti berkenaan menjadi aset penting dan dieksploitasi untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan saban hari.
Salah satu penempatan kaum Bateq yang paling mudah dilawati pada masa ini adalah di Dedari dan Terenggan yang terletak di pesisir Sungai Tembeling yang memakan masa 30 minit perjalanan menaiki bot penambang dari Kuala Tahan.
Walaupun arus pembangunan telah menjalar ke kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelancong dari seluruh pelosok dunia, keakraban kaum Bateq dengan alam semula jadi menyebabkan mereka masih kekal hidup di hutan belantara.
Sebagaimana masyarakat terdahulu, amalan berpindah randah merupakan antara usaha-usaha yang dijalankan untuk mencari rezeki daripada hasil hutan.
Bukan itu sahaja, malah kepercayaan tentang kematian dan alam ghaib juga menyebabkan mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain walaupun dalam jarak yang dekat di sekitar pesisir Sungai Tembeling.
Berkunjung ke perkampungan kaum Bateq membuatkan ‘minda’ kita diseret semula ke alam kehidupan manusia yang tidak bertamadun apabila melihat rumah mereka masih dibina dengan kayu, beratap rumbia, bertam dan pelupuh manakala lantainya di atas tanah.
Tiada sebarang peralatan moden yang boleh dilihat jika berkunjung ke penempatan apatah lagi untuk melihat kewujudan perkakas elektrik dan peralatan dapur moden.
Keunikan itulah yang membezakan kaum Bateq Kuala Tahan dengan Orang Asli lain yang kebanyakannya telah banyak berubah lantaran terdedah dengan arus pembangunan moden.
Anak-anak kaum Bateq membesar di dalam pondok kayu dan hanya mengenal denai hutan, sumpitan, getah ipoh, unggas dan spesies hutan tanpa menerima pendidikan formal kerana jiwa dan sikap mereka amat sinonim dengan alam semulajadi, bukit dan sungai.
Apabila melintas di perkampungan kaum Bateq di pinggiran Sungai Tembeling, pengunjung akan menyaksikan kanak-kanak begitu bebas dan riang bermain air berbanding kanak-kanak di bandar yang setiap hari leka dengan permainan video dan Internet.
Seperkara yang unik mengenai kanak-kanak kaum Bateq, mereka cukup mesra dengan pelancong.
Sesiapa sahaja yang melintasi kawasan ‘permainan’ mereka akan disapa dengan lambaian tangan disulami senyuman manis.
Banyak keunikan yang diperoleh menerusi pengalaman berada di kampung kaum Bateq seperti kelainan bahasa, cara hidup dan kepakaran mereka di hutan termasuk menjadi pemandu pelancong di Taman Negara.
Di perkampungan kaum Bateq di Dedari dan Terenggan, pelawat boleh mendekati dua kemahiran asas yang diwarisi mereka iaitu kaedah menghasilkan api dan menyumpit.
Api dihasilkan menggunakan seutas rotan yang ditarik dengan beralaskan tapak diperbuat daripada kayu meranti.
Percaya atau tidak, dalam masa tidak sampai seminit, geseran rotan dengan kayu akan menghasilkan api menerusi habuk kayu yang dijadikan bahan bakar.
Seorang penduduk kaum Bateq, Patani a/l Antah, 79, dia berkebolehan menggunakan senjata pemburuannya dengan menyumpit tepat ke sasaran dalam jarak kira-kira 10 meter.
”Sumpitan menjadi lambang kaum Bateq. Setiap lelaki dewasa wajib mempunyai kepakaran menggunakannya sebelum berumahtangga.
”Kehebatan seorang pemuda Bateq boleh ‘menembak’ sasaran dengan tepat. Banyak hasil pemburuan bergantung pada kepakaran menggunakan sumpit,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Terenggan, dekat sini baru-baru ini.
Menurut bapa kepada 13 anak itu, masyarakat Bateq percaya ketulenan sumpit atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘blow pipe’ bergantung bagaimana ia disimpan dengan baik sebagai menghargai peranan dan fungsinya.
Dalam institusi keluarga, katanya, kaum lelaki bertanggungjawab membawa pulang hasil-hasil hutan dan buruan ke rumah manakala kaum wanita bertanggungjawab menyediakan makanan kepada ahli keluarga, membersih dan membina rumah.
Rakannya, Menderu a/l Serama, 42, memberitahu, berbeza dengan masyarakat Orang Asli lain, kaum Bateq tidak mengamalkan sebarang aktiviti bercucuk tanam bagi mengelakkan mereka kekal di sesuatu kawasan.
”Selepas kematian anggota keluarga, kita kena pindah ke tempat lain untuk menghormati dan menghindarkan roh si mati mengganggu kehidupan masyarakat kami,” katanya.
Menderu yang berkebolehan berbahasa Inggeris menjelaskan, apabila berpindah ke tempat baru, mereka mendirikan pondok sementara dan berburu di hutan seperti madu lebah.
Namun perubahan zaman menyebabkan sebahagian golongan muda kaum Bateq bekerja sebagai pemandu pelancong di Taman Negara atau juru pandu mendaki Gunung Tahan.
Menderu berkata, kawasan tempat tinggal mereka sering kali dikunjungi pelawat untuk melihat lebih dekat kehidupan Orang Bateq termasuk mencuba menggunakan sumpit dan menyalakan api.
Ekoran asimilasi dengan masyarakat luar terutama pelancong asing, tambahnya, menyebabkan ada sesetengah mereka boleh berkomunikasi dan memahami bahasa Inggeris, Jerman, Denmark, Jepun dan Itali.







SUKU KAUM TEMUAN

TEMUAN:


Suku Temuan Belandas merupakan orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di Pahang, Selangor ,Negeri Sembilan dan Johor.
Suku Temuan merupakan suku keempat terbesar di dalam hierarki kaum Orang Asli di mana jumlah mereka adalah seramai kira-kira 10,000 orang di semenanjung Malaysia. Mereka mengamalkan adat resam yang menyamai orang Melayu.
Contoh Bahasa Orang Asli Suku Kaum Temuan :
  • Saya = Akuk
  • Kau = Ajih/Ong
  • Kamu = Higun
  • Makcik = Inak
  • Pakcik = Mamak
  • Buruk = Barak / Nyap Elok / Nyahat
  • Tak = Nyap
  • Tiada = Hap
  • Arak = Engkem/Aii/Sukuk
  • Mee Jalung = Hokieen Mee
  • Pantim = Daging kera salai
Lagenda Temuan: Mamak dan Inak Bungsuk adalah penyambung zuriat untuk semua kaum Temuan setelah peristiwa "Banjir Besar" beribu-ribu tahun dahulu."Banjir Besar" berlaku kerana pada masa dulu Orang Temuan suka membuat "Celau" iaitu perkara-perkara yang terlarang dan menyebabkan Muyang dan Tuhan murka kepada mereka. Gunung Raja merupakan tempat kelahiran kaum Temuan.Gunung Raja terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Pahang. Terdapat Orang Halus yang mendiami Gunung Raja.
Hantu seburu( a.k.a bigfoot ) telah wujud pada Zaman Mamak dan Inak Bungsuk. Hantu Seburu ini adalah sebenarnya orang Asli Temuan yang menuntut salah ilmu iaitu "Ilmu Hitam" yang menyebabkan bentuk fizikalnya berbulu sonsang dan tidak bole memahami dan berkomunikasi dalam bahasa Manusia lagi. Orang Asli Temuan percaya yang bila seseorang terjumpa Hantu Seburu ini, orang itu akan terus demam dan mati sejam kemudian.Mamak Bungsuk pernah berpesan kepada cucu-cicitnya janganlah menuntut ilmu yang akan membawa padah kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Orang Asli Temuan juga pandai dalam bidang perubatan tradisional. Ramai juga orang dari bandar yang menggunakan perkhidmatan daripada Orang Asli untuk mengubati penyakit dan juga masalah-masalah mereka. Antara penyakit yang boleh di ubati oleh bomoh Orang Asli Temuan ialah demam panas, cirit-birit, darah beku, penyakit pinggang dan lain-lain lagi.
Ramai juga orang dari bandar yang mengunakan khidmat "Minyak Pengasih" daripada bomoh Orang Asli ."Minyak Pengasih" ini merupakan jualan yang terlaris dan nombor satu dalam perkhidmatan dari bomoh Orang Asli . Kegunaan minyak ini adalah untuk mengembalikan orang yang tersayang kepada pangkuan anda.
Ramai pelanggan yang menggunakan khidmat bomoh Orang Asli Temuan amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Oleh sebab itu tidak hairanlah lagi jikalu ada orang menyatakan bahawa bomoh orang Asli adah berada di kedudukan nombor satu dalam industri perubatan tradisional Malaysia.





Kandungan Adat

Bahagian ini hanya menekankan kepada beberapa fasal adapt yang masih menjadi amalan utama masyarakat Temuan Adat Mempatih.

1.      Sistem keketuaan dan kepimpinan

Sistem keketuaan dan kepimpinan dalam Adat Mempatih berpaksikan kepada Lembaga Adat. Perbilangan adat di bawah menerangkan peranan setiap Ahli Lembaga Adat di dalam sebuah kampung :

            Adat tak lapok dihujan, tak lekang dipanas
            Dicabut layu, diubah matik
            Biar matik anak, jangan matik adat
            Luak berpenghuluk, Alam beraja
            Bukit-bukau berBatin, Bulat suku kerana waris
            Bulat waris kerna Lemago, Bulat Lemago kerna Batin
            Batin bertampok adat, Jenang melingkongi adat
            Menteri mendatar adat, Jekerah beranak buah
            Panglima kuda pelejang, anjing pemburu, sampan pelayar
            Disruh pergi, dipangil datang, Uruh-arah di Jekerah

Sistem pentadbiran kampung bagi masyarakat Temuan ditunjukkan dalam rajah di bawah :-

Lembaga Adat

Peranan Dalam Kampung

BATIN

Batin adalah ketua adat dalam sebuah kampung. Batin menjaga kepentingan dan kebajikan anak buahnya. Perbilangan adat di bawah menunjukkan peranan batin sebagai seorang ketua adat dalam sebuah kampung.

Batin bertampok adat
Bergajah tunggal
Biar matik enek jangan adat

Maksud :

Maksudnya, Batin yang membuat keputusan setelah sesuatu perbicaraan selesai iaitu sama ada satu ataupun tidak bagi sesuautu keputusan yang telah dibuat ataupun ditarik balik (jika tersilap). Batin hanya menghukum Lembaganya sahaja. Batin mempunyai Lembaga dan Waris atau Telapak.

Pusaka Batin diturunkan kepada ‘Perut Ibu’ yang berketurunan Waris Pusaka sesuatu Undang Luak (contohnya Jelebu). Perut Ibu ialah Telapak Batin yang dikenali sebagai Ibu Sako. Anak lelakinya dipanggil Waris Sako.

Nilai hukuman :

1 bahara – RM14
4 bahara – RM48


Mangku

Mangku berperanan sebagai pemangku ketika ketiadaan Batin. Mangku boleh menangguhkan keputusan sementara menunggu Batin pulang nilai adat Mangku sama dengan adat Batin. Di Parit Gong, pusaka Mangku telah diberikan kepada waris yang tua dan tidak boleh diambil balik kecuali warisnya menyerahkan semula. Upacara pelantikan adalah sama seperti pelantikan Batin.

Nilai hukuman :

1 bahara – RM14
4 bahara -  RM48


Jenang

Jenang pula melingkongi adat
Biar matik anak jangan matik adat

Jenang berperanan sebagai pelincung adat. Beliau memastikan adat cukup dan memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Jika terpaksa, Jenang akan mempertahankan adat daripada anak. Tugas Jenang sentiasa mengingatkan Jekerah supaya anak buah beradat. Upacara pelantikan Jenang sama seperti pelantikan Batin.

Nilai adat Jenang ialah RM7.30.


Menteri

Menteri pula mendatar adat
Luk kayu dipaluk, kayu dipaluk jangan patah
Ular dipaluk jangan matik
Rumput dipaluk jangan layuk
Tanah dipaluk jangan lemang
Rambut ditarik jangan putus
Tepung jangan berselerak
Cincang jangan lumat
Bakar jangan hangus

Menteri bertindak sebagai penasihat. Beliau tidak boleh menyokong mana-mana pihak sama ada Lembaga ataupun anak buah. Beradat datar bermaksud jika Batin menghukum anak buah terlalu berat, Menteri berhak menegur. Tugasnya menjaga kedua-dua belah pihak. Upacara pelantikan adalah sama dengan Batin.

Nilai adat Menteri ialah RM7.30.


Jekerah

Jekerah pula beranak buah
Menjaga waris, menyangkar Ibuk
Pagi membuka, petang menutup
Berkata dua

Jekerah berperanan menjaga waris atau perut. Beliau boleh menegur ibu-ibu jika anak-anak mereka berkelakuan tidak baik dan tidak beropan santun. Beliau hendaklah sentiasa mengambil tahu tentang hal-ehwal anak-anak buah. Beliau boleh menarik balik hukuman jika tersilap.

Nilai adat Jekerah : RM7.30


Penglima-penglima

Kuda pelejang, anjing pemburu
Sampan pelayar, disuruh pergi
Dipangil datang, uruh-arah di Jekerah

Panglima merupakan orang suruhan Jekerah. Panglima juga bertindak sebagai pembantu (Jekerah) bagi memudahkan tugas-tugas Jekerah. Selain Waris Sako, gelaran Panglima juga diberikan kepada Orang Semenda. Ia bertujuan untuk mendidik anak-anak supaya sentiasa beradat dan bersopan santun di samping menjaga kebajikan dan kemajuan keluarganya. Panglima ini juga boleh dilantik dari kalangan orang-orang yang berjasa kepada kampung tersebut.

Panglima hanya boleh menghukum dalam warisnya sahaja. Nilai adat Penglima RM0.30 (satu kopiah) – RM0.90 (tiga kopiah).

Upacara pelantikan orang luar melalui upacara kedim (atau masuk suku) tetapi tidak perlu memakai pakaiana serba hitam. Jika Orang Semenda, gelaran Panglima siberikan semasa berkahwin.





Pemilihan Calon Batin

Waris Sako mestilah tidak menganut apa-apa agama atau lain-lain kepercayaan dan masih berpegang kuat kepada adat. Perkara ini adalah amat penting sekali dalam mewarisi Pesako Batin. Perkara kedua ialah Waris Sako tidak boleh menjadi ‘Pak Sanggup’ ataupun ‘Cina Butak’ ataupun dipanggil ‘Menyandar Lemang Hangat Orang’. Maksudnya, dia sanggup menjadi ayah kepada anak luar nikah ketika masih dalam kandungan ibu.

Waris Sako harus mempuyai semangat atau berjiwa pemimpin. Misalnya sanggup mempertahankan adat apabila bertembung masalah keluarga seperti dalam perbilangan adat “Biar matik adat, jangan matik anak”, Waris Sako juga mesti mempunyai perwatakan yang baik, bersopan dan berbudi bahasa tetapi tegas.


Upacara Pertabalan Batin

Ibu Sako akan berarak bersama anaknya yang berpakaian serba hitam dan berpayung hitam sambil mengendongkan lambang kebesaran Batin iaitu Sirih Sebujam berserta duit RM14, sebilah keris, dita (tanjak) serta sebuah boko menuju Balai Adat diiringi denga tiga das tembakan senapang atau meriam. Tepat waktu tengah hari, upacara pelantikan pun bermula. Jenang menabur meras tumbuk (tepung tawar) di sekitar Balai Adat dan diasapkan dengan kemitan tujuh kali, kemudian menyarungkan dita di kepala dan menyelitkan keris di pinggang Batin sambil melafazkan :-

            Cap disandang, tuah dijunjung
            Kecik bernamak, besar bergelar
            Batin gelaran ong

Setelah selesai upacara pelantikan, makan beradat dimulakan dengan hidangan “Nasi Boko” iaitu nasi pulut kuning, ayam panggang, ketupat tujuh biji dan telur ayam tujuh biji. Ibu Sako merupakan orang yang pertama menyembah Batin sebanyak tiga kali kemudian diikuti Anak Buah Pusaka yang lain, seterusnya oleh anak-anak buah dalam dan luar kampung. Bermula dari saat itu, Batin diberi kuasa oleh Ibu Sako untuk membuat keputusan seperti dinyatakan dalam perbilangan adat yang berbunyi :

            Dimanak bumi dipijak, di situ langit dijunjung
            Adat Tuhak harus dipakai

Perbilangan ini bermaksud seluruh anak-anak buah mesti mematuhi adat dan pantang larang. Jika melanggar pantang larang, mereka akandihukum atau didenda mengikut kesalahan yang dilakukan. Nilai hukuman ialah satu bahara (RM14) atau empat bahara (RM48).

Cara pelantikan bagi Mangku, Jenang, Menteri dan Jekerah adalh sama seperti pelantikan Batin. Terdapat sediki perbezaan untuk pelantikan penglima-penglima di masa semasa pelantikan penglima-penglima tidak perlu memakai pakaian serba hitam.



 

Harta boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu :-

i.                    Harta Dapatan – harta dapatan ditnggalkan. Maksudnya, harta yang diperolehi daripada pemberian atau warisan ibu bapa si isteri tidak boleh diambil oleh suami dan begitu sebaliknya. Contohnya, apabila pasangan suami isteri bercerai sama ada cerai hidup atau cerai mati, segala harta seperti rumah, dusun dan harta-harta lain kepunyaan isteri tidak boleh diambil oleh bekas suami. Begitu juga dengan dusun bekas bapa mertua walaupun si suami telah menjaga dan bersama-sama menanam di dusun tersebut tetapi dia tiada berhak ke atas dusun tersebut dan tak boleh dituntut oleh waris bekas suami.

ii.                  Harta Bawaan – harta bawaan dikembalikan maksudnya harta yang dimiliki oleh si suami sebelum dia berkahwin lagi. Contoh, sebelum berkahwin si suami ada membawa keris atau kereta atau lain-lain harta. Apabila bercerai, bekas isteri atau keluarga bekas isteri tidak boleh menuntut harta tersebut. Harta tersebut milik suami dan sekiranya si suami meningal dunia, harta tersebut perlu dipulangkan lepada warisnya. Begitu juga dengan harta pusaka suami kerana harta tersebut milik suami dan keluarganya.

iii.                Harta Pemberian – harta perberian diakui (semasa hidup). Ia selalunya melibatkan pemberian harta kepada anak angkat. Syarat utama di dalam harta pemberian ialah semasa memberi harta, si pemberi masih hidup dan mempunyai saksi atau wsiat secara bertulis menyatakan harta tersebut telah diberikan kepada anak angkat atau orang tertentu. Contohnya, suami memberikan hartanya kepada anak angkat, anak tiri atau kawan-kawan semasa dia (suami) masih hidup. Apabila dia mati, isteri atau anaknya tidak boleh mempertikai hak harta tersebut atau menuntutnya.

iv.                Harta Carian – harta carian dibahagikan, sudah dibahagikan diagihkan. Ungkapan selepas menjadi suami isteri, harta carian pun bermula bermaksud, harta carian perlu diberikan sama rata antara suami dan isteri dan harta tersebut akan diagihkan kepada anak-anak (diberi kepada anak-anak). Contohnya, sebuah ladang kelapa sawit yang diusahakan oleh pasangan suami isteri setelah mereka berkahwin. Suatu aru nanti kebun tersebut akan diberikan atau diwariskan kepada anak-anak. Harta tersebut dibuat sendiri oleh pasangan suami isteri dan bukannya diwarisi dari turun temurun. Sekiranya berlaku perceraian harta tersebut akan dibahagikan sama rata.


Harta yang tidak boleh diambil oleh suami :-
a.       Rumah                 }          harta orang perempuan
b.      Pinggan mangkuk }

Harta yang tidak boleh diambil oleh isteri
a.       Lembing       }          harta orang lelaki
b.      Keris            
 

 

SUKU KAUM JAKUN

JAKUN

Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di Pahang , Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.





IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN

Mengikut sejarah suku kaum Jakun ini berasal daripada persekitaran kepulauan Sulawesi dan Irian Jaya Indonesia.. Suku kaum Jakun ini terkenal sebagai keturunan lanun di masa lalu yang mana kehidupan mereka suka merompak kapal-kapal dagang Inggeris, Belanda dan Portugis.

Di zaman Sultan Melayu Melaka pada masa itu, suku kaum ini telah menjadi sebagai askar upahan untuk menentang Inggeris, Belanda dan Portugis yang menyerang Negeri Melaka. Mereka telah tertipu di atas kebijaksanaan Laksamana Tun Ali yang mana akan memberi ganjaran dan status pada masa itu. Mereka dan juga rakyat Negeri Melaka tidak berjaya melawan askar-askar Inggeris, Belanda dan Portugis kerana tidak terlawan dengan senjata senapang dan meriam, sebaliknya mereka menggunakan pedang, tombak dan keris.

Apabila kejatuhan pemerintahan Sultan Melaka maka masyarakat Jakun tiada tempat untuk tinggal dan tiada layanan dari Sultan Melaka dan rakyatnya dengan rasa kesal masyarakat Jakun pun berlayarlah meninggalkan Negeri Melaka dengan menaiki beberapa buah ‘tongkang’ atau ‘jong’ ke suatu tempat baru ke arah Laut Cina Selatan. Setelah beberapa lama berlayar maka mereka pun sampailah ke sebuah pulau. Malang sungguh nasib mereka apabila sampai di pulau berkenaan mereka dapati tiada berair, pokok-pokok, rumput dan hutan. Malah binatang-binatang dan burung tidak terdapat di pulau berkenaan.

Mereka pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Semenanjung Tanah Melayu. Dalam perjalanan mereka telah kehabisan makanan dan bekalan air. Mereka bergantung harap kepada adanya hujan sahaja.. Malang nasib mereka hujan tiada dan apatah lagi makanan. Ramai diantara mereka mati kelaparan dan kehausan dan juga mati kerana sakit. Oleh yang demikian untuk meneruskan sisa hidup maka rakan-rakan mereka yang sakit tadi meminta mereka dibunuh dan dijadikan makanan. Keadaan yang terpaksa itu mereka pun lakukan demi perjuangan bangsa mereka. Oleh itu masyarakat lain mengatakan bahawa ‘Orang Asli memakan orang’. Begitu juga ada yang mengatakan bahawa masyarakat ini mempunyai ‘ekor’. Sebenarnya ialah mereka telah kehilangan pakaian sewaktu dalam pelayaran. Kekurangan pakaian maka masyarakat Jakun menggunakan apa sahaja untuk menutup aurat mereka iaitu dipanggil ‘cawat’

Sekian lama mereka berlayar maka sampailah ke suatu tempat di Kuala Pahang yang diberi nama ‘sekokoh’. Nama ini adalah bererti ‘sejiwa’, ‘sepadu’, ‘sehati’ dalam bahasa Jakunnya. Dengan kekuatan dan semangat yang kuat tadi mereka telah membuka tempat tersebut sebagai tempat tinggal mereka iaitu Kampong Sekokoh, Pekan. Sehingga sekarang sauh dan cebisan rangka ‘tongkang’ atau ‘jong’ masih ada yang mana diselaputi batu karang.

Kerja-kerja mereka menebas menebang dan bercucuk tanam dan menternak ayam dan sebagainya. Mereka juga mengambil upah kerja-kerja menebas tanah milik Kerabat Diraja Sultan Pahang. Atas budi baik dan jasa yang telah terjalin begitu erat maka ada juga di kalangan Kerabat Diraja telah berkahwin dengan masyarak ini.

Diceritakan bahawa, pada suatu masa dahulu Sultan Pahang telah memerintahkan rakyatnya menebang sebatang pokok ‘terentang’ atau (kemahang) di tebing Sungai Pahang yang berhampiran dengan istana sultan. Maka rakyat pun tebanglah pokok tersebut namun sehingga ke petang pokok itu tidak juga tumbang. Di sambung keesokkan harinya pula, alangkah terkejut sekelian yang hadir bahawa pokok itu menjadi keadaan seperti biasa tiada kesan tebang. Ditebangkan semula tidak juga tumbang. Keesokkan hari begitu juga sehinggalah beberapa hari. Maka bendahara pun mengadap sembah ke bawah Dului Sultan. Setelah beberapa ikhtiar tidak berjaya maka datanglah seorang bomoh Orang Melayu mengatakan bahawa tiada orang lain yang boleh menebang pokok tersebut melainkan masyarakat Jakun sahaja.

Disuruhlah oleh Sultan kepada orang-orang Jakun menebangnya. Pokok itu pun ditebang dari pagi hingga ke tengah hari, maka tumbanglah pokok tadi. Ketua masyarakat itu pun meminta Sultan dan kerabatnya membuat jamuan dan dihidangkan di atas tunggul pokok tadi. Setelah selesai memasak maka dibuat hidangan dan didapati sebanyak 40 hidangan semuanya. Syaratnya makanan hendaklah dihidangkan didalam daun rotan ‘dahan’. Kerja-kerja menyusun daun rotan dilakukan oleh anak gadis ketua masyarakat Jakun tadi diletak secara menyongsang dan hidangan untuk bapanya diletak secara betul. Apabila Sultan dan kerabatnya menjamu makanan tersebut maka tangan mereka pun terluka terkena duri. Sultan dan yang lain-lain hairan kenapa Ketua masyarakat Jakun tidak mengalami luka malah makan dengan begitu baik sekali. Disuruh anaknya membalut luka di tangan Sultan dan membantu menyuap makanan untuk Sultan. Selesai sahaja makan Ketua masyarakat Jakun tadi pun memberi tahu,” mengapa tuanku tidak pusingkan daun hidangan tadi, jika tuanku buat seperti patik nescaya tidak akan luka”.

Dengan kata-kata itu Sultan pun sedar bahawa masyarakat Jakun mempunyai kepandaian berfikir dan mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan kejadian itu Sultan pun memperisterikan anak gadis ketua masyarakat tadi.

Sejarah mengenai masyarakat Jakun telah ditulis oleh pengembara Inggeris yang bernama Tom Pirates dan buku tulisannya tersimpan di muzium New York, Amerika. Seorang bekas pelajar Universiti Miami Encik Akim bin Buntat
telah menjumpai buku sejarah tersebut dan beliau telah menyusun semula dan dibentangkan semasa simposium Masyarakat Orang Asli Antarabangsa
Di Kuala Lumpur pada Tahun 1995. Beliau adalah berbangsa Jakun 

CARTA ORGANISASI MASYARAKAT JAKUN

Masyarakat Melayu, Cina dan Tamil mempunyai pemimpin atau ketua untuk mentadbir serta memberi kebajikan terhadap masyarakatnya selain dari Ketua Negara dan kerajaan yang memerintah begitu juga dalam kelompok masyarakat Jakun mempunyai kepimpinan yang tersendiri

i) Struktur Organisasi Pentadbiran


BATIN
JURUKERAH
MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN


Proses penyelesaian masalah adalah dengan cara berkomunikasi dan hubungan dua hala. Dengan cara ini perkara-perkara yang timbul dapat di selesaikan dalam keadaan harmoni dan lebih kepada kekeluargaan.


ii) Carta Organisasi Perubatan

Dalam kes mengubati pesakit Tok Dukun atau Tok Bomoh adalah orang yang diperlukan oleh masyarakat ini:
TOK DUKUN
TOK BOMOH
MALIM MUDA
MAK BIDAN,
INDIVIDU YANG PANDAI BERJAMPI

Kaum JAKUN

Bagaimana pesakit memohon pertolongan untuk mengubati penyakitnya.

1. berjumpa terus dengan Tok Dukun, atau Tok Bomoh
2. untuk bersalin berjumpa dengan Mak Bidan
3. berjumpa dengan individu yang pandai berjampi
4. jika individu tersebut tidak berupaya untuk mengubati pesakit tersebut beliau akan merujuk kepada Tok Dukun atau Tok Bomoh
5. Malim Muda adalah orang kanan kepada Tok Bomoh. Segala ilmu perubatan akan diturubkan kepada beliau setelah cukup masanya


iii) Kaedah Perubatan

Bermacam-macam cara atau kaedah perubatan yang diamalkan oleh masyarakat ini seperti yang dimaklumkan diawal tadi iaitu






BEBELIAN


BERPUYANG



BERLANCANG
BERANCAK




BERTUNGKU
BERALIN




BERJAMPI
BERKEBAS



HARI PERAYAAN

Hari perayaan bagi masyarakat ini yang khusus mengikut agama adalah tiada mereka hanya menyambut hari-bari perayaan atau ‘hari besar’ adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti atau musim-musim yang berkaitan dengan adat resam mereka. Bagaimana pun ada segelintir dari mereka menghormati hari-hari perayaan bangsa atau kaum lain seperti hari raya puasa, tahun baru cina dan sebagainya dengan membuat sedikit jamuan.

Hari perayaan itu adalah seperti berikut:-

a. musim menuai
b. musim menuba ikan
c. musim berlancang iaitu membela kampong

Apabila tiba musim tersebut mereka akan pergi dan membuat kerja secara bergotong royong, mereka akan mengadakan majlis kenduri, majlis tari menari dan lain-lain aktiviti yang tidak menyimpang daripada adat turun temurun.
Manakala hasil tanaman tadi diberi kepada sanak saudara untuk ‘dijamah’ ia juga sebagai pengikat tali persaudaraan kekeluargaan agar teguh dan erat 

CARA MENDAMPINGI MASYARAKAT JAKUN

Amalan yang biasa dilakukan ialah dengan menjamu rokok, menjamu sirih pinang, hidangan minuman atau makanan sebagai buah tangan sebelum memulakan perbualan. Biasanya rokok dihulur oleh lelaki dengan lelaki dan perempuan sesama perempuan ini untuk mengelak sesuatu sikap cemburu yang berkemungkinan timbul