Ahad, 4 September 2011

SUKU KAUM BATEQ

BATEQ :

Suku Bateq merupakan orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 orang. Mereka tinggal dalam hutan hujan tropika terutama di Taman Negara Malaysia.
Nama Bateq bermaksud orang Asli Melayu . Mereka dari kumpulan Austronesia yang naik bot ke dan dari pulau-pulau di Asia Tenggara. Orang Bateq mula didokumentasikan oleh penulis Rusia bernama Nicholai Miklukho-Maklai pada 1878 .
Bahasa yang digunakan ialah sub Mon-Khmer dari keluarga bahasa Austro-Asia. Alat yang mereka miliki ialah alat sumpitan dan sikat rambutan. Kini mereka turut memiliki radio, rokok dan telefon bimbit. Kerajaan Malaysia turut memberi rumah yang kukuh dan terancang, lengkap dengan air dan elektrik.
Suku Bateq ini hidup dalam kumpulan keluarga , dalam pondok atau khemah kecil. Bilangan keluarga sekitar 10 keluarga sahaja. Mereka percaya sebagai penjaga tanah dan bukan sebagai pemilik tanah. Mereka hidup pindah randah akibat aktiviti pembalakan dan pembangunan.
Mereka tidak ada pemimpin yang sebenar-benar kerana biasanya orang dewasa dianggap sebagai ketua. Orang dewasa lebih diutamakan.

perkampungan suku kaum Bateq



PERKUBURAN SUKU KAUM BATEQ..............

Perkuburan suku bateq yang menduduki kawasan kuala tahan dan jerantut diselubungi unsur mistik dan sera berikutan dahan pokok besar menjadi taman khusus untuk si mati. Kaum bateq dipercayai menyemadikan si mati di atas pokok berikutan bimbang terlangkah atau terpijak kubur kerana perbuatan itu boleh menyebabkan nasib malang atau ditimpa penyakit sukar diubati.justeru itu,kaum bateq mendirikan para-para diatas dahan pokok sebagai perkuburan mayat.tetapi sebab utama ialah untuk mengelakkan bau busuk,mereka percaya cara itu membolehkan bau ayat tersebut terbang bebas ke udara dengan mudah. Anggota masyarakat suku bateq yang meninggal dunia akan di mandikan dan di bersihkan sebelum dipakaikan pakaian yang lengkap.kemudian,mayat dibungkus dengan kain batik lepas dan diikat kemas supaya senang diusung ke kawasan perkuburan menggunakan pengusung yang diperbuat daripada buluh cincang. Lebih unik,kebanyakan perkuburan suku bateq terletak jauh dari kawasan penempatan bagi mengelakkan terkena sial mayat.jika tidak dilakukan,mereka percaya hantu simati akan mengikut mereka balik ke rumah,masyarakat bateq tidak memilih pokok khusus namun ia harus besar dan mempunyai dahan yang kuat untuk menampung para mayat.sekiranya tiada pokok besar ,tiga pokok kecil yang berdekatan akan diguna untuk membina para kayu berbentuk tiga segi,mayat akan diletakkan secara mengiring di atas para selepas tiga hari kematiannya,tubuhnya di alas kulit kayu bersama semua harta miliknya. Mayat tersebut disemadikan sedemikian kerana ibu bapa si mati menginginkan pengebumian dilakukan secara tradisi,cua sekarang mereka memilih untuk mengebumikan mayat sejauh yang mungkin dari kawasan kampung.





kaum bateq di Jerantut ,Pahang......

 

Meskipun negara telah mencapai kemerdekaan lebih setengah abad lalu, kehidupan Orang Asli suku Bateq Negrito di Taman Negara, Kuala Tahan dekat sini masih tidak banyak berubah dengan cara hidup mereka suatu ketika dahulu.
Bukan sahaja daripada paras rupa dan penampilan, malah amalan berpindah-randah atau nomad yang diwarisi sejak turun-temurun masih diamalkan sehingga kini.
Itulah realitinya kaum Bateq yang mendiami pedalaman hutan Hulu Tembeling yang masih terpinggir walaupun tempias pembangunan sudah menjalar ke kawasan berkenaan.
Keunikan kehidupan Orang Asli itu menjadikan mereka sebagai satu daripada tarikan utama pelancong yang datang ke Taman Negara.
Malah keunikan kehidupan mereka termasuk identiti kesenian kaum minoriti berkenaan menjadi aset penting dan dieksploitasi untuk tarikan pelancong dalam dan luar negara yang singgah di Taman Negara Kuala Tahan saban hari.
Salah satu penempatan kaum Bateq yang paling mudah dilawati pada masa ini adalah di Dedari dan Terenggan yang terletak di pesisir Sungai Tembeling yang memakan masa 30 minit perjalanan menaiki bot penambang dari Kuala Tahan.
Walaupun arus pembangunan telah menjalar ke kawasan berkenaan, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pelancong dari seluruh pelosok dunia, keakraban kaum Bateq dengan alam semula jadi menyebabkan mereka masih kekal hidup di hutan belantara.
Sebagaimana masyarakat terdahulu, amalan berpindah randah merupakan antara usaha-usaha yang dijalankan untuk mencari rezeki daripada hasil hutan.
Bukan itu sahaja, malah kepercayaan tentang kematian dan alam ghaib juga menyebabkan mereka berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain walaupun dalam jarak yang dekat di sekitar pesisir Sungai Tembeling.
Berkunjung ke perkampungan kaum Bateq membuatkan ‘minda’ kita diseret semula ke alam kehidupan manusia yang tidak bertamadun apabila melihat rumah mereka masih dibina dengan kayu, beratap rumbia, bertam dan pelupuh manakala lantainya di atas tanah.
Tiada sebarang peralatan moden yang boleh dilihat jika berkunjung ke penempatan apatah lagi untuk melihat kewujudan perkakas elektrik dan peralatan dapur moden.
Keunikan itulah yang membezakan kaum Bateq Kuala Tahan dengan Orang Asli lain yang kebanyakannya telah banyak berubah lantaran terdedah dengan arus pembangunan moden.
Anak-anak kaum Bateq membesar di dalam pondok kayu dan hanya mengenal denai hutan, sumpitan, getah ipoh, unggas dan spesies hutan tanpa menerima pendidikan formal kerana jiwa dan sikap mereka amat sinonim dengan alam semulajadi, bukit dan sungai.
Apabila melintas di perkampungan kaum Bateq di pinggiran Sungai Tembeling, pengunjung akan menyaksikan kanak-kanak begitu bebas dan riang bermain air berbanding kanak-kanak di bandar yang setiap hari leka dengan permainan video dan Internet.
Seperkara yang unik mengenai kanak-kanak kaum Bateq, mereka cukup mesra dengan pelancong.
Sesiapa sahaja yang melintasi kawasan ‘permainan’ mereka akan disapa dengan lambaian tangan disulami senyuman manis.
Banyak keunikan yang diperoleh menerusi pengalaman berada di kampung kaum Bateq seperti kelainan bahasa, cara hidup dan kepakaran mereka di hutan termasuk menjadi pemandu pelancong di Taman Negara.
Di perkampungan kaum Bateq di Dedari dan Terenggan, pelawat boleh mendekati dua kemahiran asas yang diwarisi mereka iaitu kaedah menghasilkan api dan menyumpit.
Api dihasilkan menggunakan seutas rotan yang ditarik dengan beralaskan tapak diperbuat daripada kayu meranti.
Percaya atau tidak, dalam masa tidak sampai seminit, geseran rotan dengan kayu akan menghasilkan api menerusi habuk kayu yang dijadikan bahan bakar.
Seorang penduduk kaum Bateq, Patani a/l Antah, 79, dia berkebolehan menggunakan senjata pemburuannya dengan menyumpit tepat ke sasaran dalam jarak kira-kira 10 meter.
”Sumpitan menjadi lambang kaum Bateq. Setiap lelaki dewasa wajib mempunyai kepakaran menggunakannya sebelum berumahtangga.
”Kehebatan seorang pemuda Bateq boleh ‘menembak’ sasaran dengan tepat. Banyak hasil pemburuan bergantung pada kepakaran menggunakan sumpit,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di Terenggan, dekat sini baru-baru ini.
Menurut bapa kepada 13 anak itu, masyarakat Bateq percaya ketulenan sumpit atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘blow pipe’ bergantung bagaimana ia disimpan dengan baik sebagai menghargai peranan dan fungsinya.
Dalam institusi keluarga, katanya, kaum lelaki bertanggungjawab membawa pulang hasil-hasil hutan dan buruan ke rumah manakala kaum wanita bertanggungjawab menyediakan makanan kepada ahli keluarga, membersih dan membina rumah.
Rakannya, Menderu a/l Serama, 42, memberitahu, berbeza dengan masyarakat Orang Asli lain, kaum Bateq tidak mengamalkan sebarang aktiviti bercucuk tanam bagi mengelakkan mereka kekal di sesuatu kawasan.
”Selepas kematian anggota keluarga, kita kena pindah ke tempat lain untuk menghormati dan menghindarkan roh si mati mengganggu kehidupan masyarakat kami,” katanya.
Menderu yang berkebolehan berbahasa Inggeris menjelaskan, apabila berpindah ke tempat baru, mereka mendirikan pondok sementara dan berburu di hutan seperti madu lebah.
Namun perubahan zaman menyebabkan sebahagian golongan muda kaum Bateq bekerja sebagai pemandu pelancong di Taman Negara atau juru pandu mendaki Gunung Tahan.
Menderu berkata, kawasan tempat tinggal mereka sering kali dikunjungi pelawat untuk melihat lebih dekat kehidupan Orang Bateq termasuk mencuba menggunakan sumpit dan menyalakan api.
Ekoran asimilasi dengan masyarakat luar terutama pelancong asing, tambahnya, menyebabkan ada sesetengah mereka boleh berkomunikasi dan memahami bahasa Inggeris, Jerman, Denmark, Jepun dan Itali.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan