Suku Jakun atau orang Ulu merupakan orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di Pahang , Johor. Mereka dikelaskan sebagai 'Pra-Melayu' dari Mongoloid Selatan.
Jakun terbahagi 2 iaitu Jakun di hutan dan Jakun di tepi laut (Orang Laut / Orang Kuala).
Kebanyakan suku Jakun masih mengamalkan kepercayaan animisme yang dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu dan gua. Mereka masih kuat berpegang kepada pantang larang yang diamalkan sejak lama dahulu.
IDENTITI MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN
Mengikut sejarah suku kaum Jakun ini berasal daripada persekitaran kepulauan Sulawesi dan Irian Jaya Indonesia.. Suku kaum Jakun ini terkenal sebagai keturunan lanun di masa lalu yang mana kehidupan mereka suka merompak kapal-kapal dagang Inggeris, Belanda dan Portugis.
Di zaman Sultan Melayu Melaka pada masa itu, suku kaum ini telah menjadi sebagai askar upahan untuk menentang Inggeris, Belanda dan Portugis yang menyerang Negeri Melaka. Mereka telah tertipu di atas kebijaksanaan Laksamana Tun Ali yang mana akan memberi ganjaran dan status pada masa itu. Mereka dan juga rakyat Negeri Melaka tidak berjaya melawan askar-askar Inggeris, Belanda dan Portugis kerana tidak terlawan dengan senjata senapang dan meriam, sebaliknya mereka menggunakan pedang, tombak dan keris.
Apabila kejatuhan pemerintahan Sultan Melaka maka masyarakat Jakun tiada tempat untuk tinggal dan tiada layanan dari Sultan Melaka dan rakyatnya dengan rasa kesal masyarakat Jakun pun berlayarlah meninggalkan Negeri Melaka dengan menaiki beberapa buah ‘tongkang’ atau ‘jong’ ke suatu tempat baru ke arah Laut Cina Selatan. Setelah beberapa lama berlayar maka mereka pun sampailah ke sebuah pulau. Malang sungguh nasib mereka apabila sampai di pulau berkenaan mereka dapati tiada berair, pokok-pokok, rumput dan hutan. Malah binatang-binatang dan burung tidak terdapat di pulau berkenaan.
Mereka pun mengambil keputusan untuk berpatah balik ke Semenanjung Tanah Melayu. Dalam perjalanan mereka telah kehabisan makanan dan bekalan air. Mereka bergantung harap kepada adanya hujan sahaja.. Malang nasib mereka hujan tiada dan apatah lagi makanan. Ramai diantara mereka mati kelaparan dan kehausan dan juga mati kerana sakit. Oleh yang demikian untuk meneruskan sisa hidup maka rakan-rakan mereka yang sakit tadi meminta mereka dibunuh dan dijadikan makanan. Keadaan yang terpaksa itu mereka pun lakukan demi perjuangan bangsa mereka. Oleh itu masyarakat lain mengatakan bahawa ‘Orang Asli memakan orang’. Begitu juga ada yang mengatakan bahawa masyarakat ini mempunyai ‘ekor’. Sebenarnya ialah mereka telah kehilangan pakaian sewaktu dalam pelayaran. Kekurangan pakaian maka masyarakat Jakun menggunakan apa sahaja untuk menutup aurat mereka iaitu dipanggil ‘cawat’
Sekian lama mereka berlayar maka sampailah ke suatu tempat di Kuala Pahang yang diberi nama ‘sekokoh’. Nama ini adalah bererti ‘sejiwa’, ‘sepadu’, ‘sehati’ dalam bahasa Jakunnya. Dengan kekuatan dan semangat yang kuat tadi mereka telah membuka tempat tersebut sebagai tempat tinggal mereka iaitu Kampong Sekokoh, Pekan. Sehingga sekarang sauh dan cebisan rangka ‘tongkang’ atau ‘jong’ masih ada yang mana diselaputi batu karang.
Kerja-kerja mereka menebas menebang dan bercucuk tanam dan menternak ayam dan sebagainya. Mereka juga mengambil upah kerja-kerja menebas tanah milik Kerabat Diraja Sultan Pahang. Atas budi baik dan jasa yang telah terjalin begitu erat maka ada juga di kalangan Kerabat Diraja telah berkahwin dengan masyarak ini.
Diceritakan bahawa, pada suatu masa dahulu Sultan Pahang telah memerintahkan rakyatnya menebang sebatang pokok ‘terentang’ atau (kemahang) di tebing Sungai Pahang yang berhampiran dengan istana sultan. Maka rakyat pun tebanglah pokok tersebut namun sehingga ke petang pokok itu tidak juga tumbang. Di sambung keesokkan harinya pula, alangkah terkejut sekelian yang hadir bahawa pokok itu menjadi keadaan seperti biasa tiada kesan tebang. Ditebangkan semula tidak juga tumbang. Keesokkan hari begitu juga sehinggalah beberapa hari. Maka bendahara pun mengadap sembah ke bawah Dului Sultan. Setelah beberapa ikhtiar tidak berjaya maka datanglah seorang bomoh Orang Melayu mengatakan bahawa tiada orang lain yang boleh menebang pokok tersebut melainkan masyarakat Jakun sahaja.
Disuruhlah oleh Sultan kepada orang-orang Jakun menebangnya. Pokok itu pun ditebang dari pagi hingga ke tengah hari, maka tumbanglah pokok tadi. Ketua masyarakat itu pun meminta Sultan dan kerabatnya membuat jamuan dan dihidangkan di atas tunggul pokok tadi. Setelah selesai memasak maka dibuat hidangan dan didapati sebanyak 40 hidangan semuanya. Syaratnya makanan hendaklah dihidangkan didalam daun rotan ‘dahan’. Kerja-kerja menyusun daun rotan dilakukan oleh anak gadis ketua masyarakat Jakun tadi diletak secara menyongsang dan hidangan untuk bapanya diletak secara betul. Apabila Sultan dan kerabatnya menjamu makanan tersebut maka tangan mereka pun terluka terkena duri. Sultan dan yang lain-lain hairan kenapa Ketua masyarakat Jakun tidak mengalami luka malah makan dengan begitu baik sekali. Disuruh anaknya membalut luka di tangan Sultan dan membantu menyuap makanan untuk Sultan. Selesai sahaja makan Ketua masyarakat Jakun tadi pun memberi tahu,” mengapa tuanku tidak pusingkan daun hidangan tadi, jika tuanku buat seperti patik nescaya tidak akan luka”.
Dengan kata-kata itu Sultan pun sedar bahawa masyarakat Jakun mempunyai kepandaian berfikir dan mempunyai ilmu yang tinggi. Dengan kejadian itu Sultan pun memperisterikan anak gadis ketua masyarakat tadi.
Sejarah mengenai masyarakat Jakun telah ditulis oleh pengembara Inggeris yang bernama Tom Pirates dan buku tulisannya tersimpan di muzium New York, Amerika. Seorang bekas pelajar Universiti Miami Encik Akim bin Buntat
telah menjumpai buku sejarah tersebut dan beliau telah menyusun semula dan dibentangkan semasa simposium Masyarakat Orang Asli Antarabangsa
Di Kuala Lumpur pada Tahun 1995. Beliau adalah berbangsa Jakun
CARTA ORGANISASI MASYARAKAT JAKUN
i) Struktur Organisasi Pentadbiran
BATIN
JURUKERAH
MASYARAKAT ORANG ASLI JAKUN
Proses penyelesaian masalah adalah dengan cara berkomunikasi dan hubungan dua hala. Dengan cara ini perkara-perkara yang timbul dapat di selesaikan dalam keadaan harmoni dan lebih kepada kekeluargaan.
ii) Carta Organisasi Perubatan
Dalam kes mengubati pesakit Tok Dukun atau Tok Bomoh adalah orang yang diperlukan oleh masyarakat ini:
TOK DUKUN
TOK BOMOH
MALIM MUDA
MAK BIDAN,
TOK BOMOH
MALIM MUDA
MAK BIDAN,
INDIVIDU YANG PANDAI BERJAMPI
Kaum JAKUN
1. berjumpa terus dengan Tok Dukun, atau Tok Bomoh
2. untuk bersalin berjumpa dengan Mak Bidan
3. berjumpa dengan individu yang pandai berjampi
4. jika individu tersebut tidak berupaya untuk mengubati pesakit tersebut beliau akan merujuk kepada Tok Dukun atau Tok Bomoh
5. Malim Muda adalah orang kanan kepada Tok Bomoh. Segala ilmu perubatan akan diturubkan kepada beliau setelah cukup masanya
iii) Kaedah Perubatan
Bermacam-macam cara atau kaedah perubatan yang diamalkan oleh masyarakat ini seperti yang dimaklumkan diawal tadi iaitu
BEBELIAN
BERPUYANG
BERLANCANG
BERANCAK
BERTUNGKU
BERALIN
BERJAMPI
BERKEBAS
HARI PERAYAAN
Hari perayaan bagi masyarakat ini yang khusus mengikut agama adalah tiada mereka hanya menyambut hari-bari perayaan atau ‘hari besar’ adalah berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti atau musim-musim yang berkaitan dengan adat resam mereka. Bagaimana pun ada segelintir dari mereka menghormati hari-hari perayaan bangsa atau kaum lain seperti hari raya puasa, tahun baru cina dan sebagainya dengan membuat sedikit jamuan.
Hari perayaan itu adalah seperti berikut:-
a. musim menuai
b. musim menuba ikan
c. musim berlancang iaitu membela kampong
Apabila tiba musim tersebut mereka akan pergi dan membuat kerja secara bergotong royong, mereka akan mengadakan majlis kenduri, majlis tari menari dan lain-lain aktiviti yang tidak menyimpang daripada adat turun temurun.
Manakala hasil tanaman tadi diberi kepada sanak saudara untuk ‘dijamah’ ia juga sebagai pengikat tali persaudaraan kekeluargaan agar teguh dan erat
CARA MENDAMPINGI MASYARAKAT JAKUN
Amalan yang biasa dilakukan ialah dengan menjamu rokok, menjamu sirih pinang, hidangan minuman atau makanan sebagai buah tangan sebelum memulakan perbualan. Biasanya rokok dihulur oleh lelaki dengan lelaki dan perempuan sesama perempuan ini untuk mengelak sesuatu sikap cemburu yang berkemungkinan timbul
Tiada ulasan:
Catat Ulasan